Sunday, 4 May 2014

Mum & Kids Fair at Setia City Convention Centre

Posted by Sara Z at 11:30 4 comments
Hai guys!

Hari ini aku nak cerita pasal Mum & Kids Fair yang aku pergi pagi tadi.Heee
Aku pergi dengan kakak aku yang tengah mengandung 8 bulan. Memanglah sangat semangat kan nak cari baju baby. Hihi ;p

Sebelum kita cerita2, meh sini aku kongsi sedikit info pasal fair ini :)

Tajuk : Mum & Kids Fair
Tarikh : 2-4 Mei 2014
Masa : 11.00 pagi - 9.00 malam
Tempat : Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam


Gambar kat atas ini ialah gambar voucher RM10. If korang pergi daftar, dapat voucher ini dan dapat woven bag :)   Aku & kakak aku guna voucher ni untuk beli baju baby. Satu Baju RM5 je. Weeee!


Gambar atas ni pulak, kalau korang 100 yang terawal, boleh beli baby wipes ni tuk RM5.90 je. MURAH KAN :) Die betul2 jual dekat sebelah tempat registration counter. Waktu aku beratur register, kakak aku beratur beli baby wipes ni. Sambil menyelam minum air. Heee


If korang register, dapatlah sertai cabutan bertuah. Lumayan gila hadiah-hadiah dia. Hadiah dia contohnya macam dalam gambar kat atas. Best kan!!! :D 

Setelah selesai registration and beli baby wipes, kitorang pun masuk dalam fair ini untuk melawat booth-booth dia. Kitorang masuk-masuk je dah jumpa booth yang murah-murah. Booth ni jual baju RM5, seluar RM5. Baby jumpsuit pun RM5 (iye ke nama dia jumpsuit?hehe) 
Stokin baby pun murah RM2 je satu! :D

Dahlah murah, comel-comel pulak tu, rasa macam nak beli semua! hahaha
Ok enough talk, meh tengok gambar! (gambar macam berkabus sikit, maaflah ye, kamera probs.heee)

Just RM5!!!

Comel kan!!

Ada juga yang die jual satu set baju dengan seluar RM25. Dan ada juga baju kurung baby RM35. Sangat cumils! Kalau ibu-ibu suka baju yang ada tulisan macam "Smart like Daddy, sweet like Mommy" dan yang ada tulisan-tulisan macam tu boleh dapat kat sini RM25 satu! If beli 3 harga RM60 :) 



Kakak aku ada jugak beli baby swimming suit. Comel Sangat! RM10 je satu! Kalau beli kat kedai mahal gila! Aku juga ada jumpa teenager swimming shirt yg besar, sampai aku pun muat warna purple. Harga pun RM10. Tapi kena pandai korek2 kat bawah2 sebab dia longgokkan :)

Kat fair ni ada jual macam-macam, ada botol susu, breast pump, nursing pads & bra, buku budak-budak, permainan budak-budak, susu tepung dan macam-macam lagi!
Kalau rasa macam nak semua benda ada kat satu tempat, memang patut datang sini :)



Ok itu sahaja yang kite nak cerita, hihi. Tapi bagi aku memang berbaloi pergi sini and beli baju.Hiiii.
Thanks for readingg!!! :)

Credit Gambar Iklan : FB Mum & Kids Fair

Friday, 2 May 2014

Kunjungan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur :)

Posted by Sara Z at 23:53 4 comments
Selamat Pagi!

Di pagi hari jumaat yang indah ini, aku nak bercerita pasal pengalaman aku berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 :)
Kunjungan ini disertai oleh adik aku dengan kawan baik aku.

Bila yang aku pergi? Semalam iaitu pada Hari Pekerja (1 Mei) !!!
Tepuk tangan sikit sebab aku telah gigih mengharungi orang ramai! hehe

Nasib baiklah aku pergi naik train. aku park kereta dekat stesen Titiwangsa, situ ada parking yang kena bayar RM6 untuk sehari punya parking, kemudian aku pun naik train. Satu stesen je dari Titiwangsa ke PWTC. Sesampai je kat situ, tengok jalan raya memanglah jem yang teramat sgt dengan bas-bas. Ni mestilah ada rombongankan. hiii

Pintu Gerbang ke PBAKL 2014


Sesampai je aku dekat PWTC, aku terus serbu booth Gempak! Hahaha. Aku beli komik Lawak Kampus 4, dan adik aku beli komik cinta 4. Disebabkan kami beli 8, dapatlah 2 paper bag dan 2 fail . Paper bag itu ada 2 corak,aku pilih corak Under18 sebab nampak lagi Cool.haha. Lagi satu corak Lawak Kampus. Tak menarik sangat. hiiii.

Booth GEMPAK yang ramai gile orang. Beratur Panjangggg untuk bayar

Kitorang pun teruskan perjalanan selepas bayar komik tu, dengan gigih mengharungi lautan manusia yang sememangnya sangat dalam lautannya. huuuu.
Kitorang berhenti pulak ada kat satu booth ni yang jual buku-buku agama. Adik aku beli Al-Quran terjemahan yang kertas dia berwarna-warni, sangat cantik! Murah pulak tu. Harga after discount ialah RM40.80. Memang berbaloi!
My bestfriend pulak beli Ensiklopedia kisah-kisah para Nabi. After discount dapat RM75. Buku tu memang tebal n berat, nama pun ensiklopedia kan, harga pulak murah! Nice! :D

Booth Jual Buku Agama :)


After that, kitorang teruskan perjalanan, lalu kat satu booth ni harga novel bahasa melayu memang murah gila. Memanglah ramai org kat situkan.Hehe. Sempat juga lah aku snap gambar :p

Then kitorang naik pula tingkat 4. Tadi kitorang kat tingkat 2, sekarang skip terus ke tingkat 4 sebab nak cari MPH bookstore punya booth. Tapi bila naik tingkat 4 memang semua buku akademik. Memang kat sini lengang tak ramai sgt orang. Lepas jalan-jalan sikit, kitorang terus turun tingkat 3. nampak macam lagi menarik je. Hee.

Kat tingkat 3 ni ada booth buku-buku agama, booth buku kanak-kanak, buku pelajaran. Booth yang aku singgah booth yang jual novel Inggeris satu RM10, kalau beli 3 RM25. Yang hardcover pun sama harga. Kat sini ada jual English magazines macam Seventeen, Cosmopolitan, Elle and macam2. Harga dalam RM5 macam tu. Ke beli 3 RM10. Macam tulah.hii.
Kat sini aku telah membeli majalah perkahwinan.Haha. Yang outdated satu RM9, kalau latest RM12.  Ok juga harga dia kan. :)

Lautan Manusia Di Tingkat 3 :)


Selain tu, aku juga beli majalah Solusi. sebab satu dia jual RM2 je! walaupun isu tu outdated, tapi who cares, content dia bukan outdated pun kan. Itu yang penting! :)
Selain Solusi, ada juga majalah  Gen-Q dan al-Ustaz :D
Yang outdated murah, kalau latest mahal sikit. Tapi kalau nak dapat harga RM2 satu majalah, kena beli minimum 5 majalah. Aku telah membeli 7 majalah, jadi total semua RM14. Murah gilos kan :D

Majalah Solusi Yang aku beli :D

Aku memanglah sangat in Love dengan pesta buku! Hopefully aku dapat peluang pegi lagi, dan mungkin patut pergi bukan waktu cuti umum. barulah Syok nak membeli belah. hihi.



Kedai Jual Novel Yang Murah

Sudut Rehat dan Baca :D

Sudut Membaca Yang Comel! Siap ada wishing tree :)

Itu saja cerita yang aku nak kongsikan. Thanks for reading! :D



Wednesday, 30 April 2014

Segmen Jom Tambah Followers By faizuddin fuad

Posted by Sara Z at 01:16 12 comments


Haiiiii!

Jom korang ramai-ramai join Segmen Tambah Followers By Faizuddin Fuad :) 

Cuma perlu klik link ini Segmen Tambah Followers Faizuddin Fuad

Jom join, dapat tambah kenalan baru nanti.Weee :D




Tuesday, 29 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kula Lumpur (PABKL) 2014

Posted by Sara Z at 19:53 8 comments
Hello uolls!

I nak tanya ni, minat tak baca buku? Kalau jawapannya YA, jom pergi jelajah ke
Pesta Buku Antarabangsa Kula Lumpur (PABKL) 2014 or 
Kuala Lumpur International Book Fair 2014 !

Butiran seperti dibawah :

Tempat  : Putra World Trade Centre (PWTC)
Tarikh   : 24 April - 4 Mei 2014
Masa    : 10.00 pg - 7.00 mlm (Isnin-Khamis)
                10.00 pg - 9.00 mlm (Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Dengar cerita macam memang banyak sale, harga-harga buku berpatutan dan sesiapa yang ada voucher buku boleh guna kat situ! Wah Bestnya!

Bagi student-student yang tiada voucher buku, macam iolls yang sampai kesudah tak dapat ni, hehehe,
boleh tunjuk kad Matrik untuk dapat diskaun 25% !
(tapi yang ini tak pasti untuk semua buku atau sesetengah sahaja)


Apa lagi, jom serbu pesta buku ni! :D












Kredit Gambar : Google



Macam Mana Nak Nikmati Hari Yang Lebih Baik?

Posted by Sara Z at 16:51 2 comments


Hai semua :)

Di petang yang indah ala-ala nak hujan ni, nak share something dengan korang. Heee
Nak share pasal 10 Benda Yang Kita Boleh Buat Supaya Hari Kita Lebih Baik ! Woww weee

Benda-benda ni suma benda simple je. Yang kita boleh buat dalam masa sekejap.
Nak tahu tak apa dia? Jom klik Gambar pompuan yg tgh berlari2 kegembiraan kat bawah ni :P
Atau boleh klik link kat atas tu or gambar yang kat side bar di sebelah. Jomlah Baca. Kita share info ni :)



P.S : Sambil2 tu boleh bantu sara menabung :)

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

Posted by Sara Z at 00:55 8 comments
Salam! Hai korang! 
Jom kita ramai-ramai join Mini GA by Emas putih ni :)
Menarik hadiah nya. Di samping tu dapat tambah kenalan kan. Apa lagi, Jom join! :D
Hanya perlu klik je banner kat bawah ni. Dan ikuti syarat2 yg ditetapkan :)



As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

Blogwalking Time !

Posted by Sara Z at 00:34 2 comments
Hello!

Hai guys! Lamanya xupdate blog.huhu.rindu nak menulis. Tapi xsempat since banyak komitmen. :'(
Dengan kenduri kahwin kawan punya kakak, sibuk menolong apa-apa yang patut. Heee
Alhamdulillah semua itu dah selesai dan kini aku dah kembali. Weee.
Terima kasih kepada sesiapa yang sudi blogwalking ke blog aku. :)

Now I will return the favor. Yeay. I am going to go blogwalking :D
Sesiapa yang nak aku melawat dan klik2 iklan nuffnang or churpchurp, meh tinggal link kat sini.
Pasti akan ku lawati. Kalau nak follow pun lagi bagus, I will follow you back! weee :D




(image : from Google )

 

Life Of Afitot Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei