Thursday, 10 April 2014

Iktibar yang perlu diambil

Posted by Sara Zawawi at 02:00
Selamat pagi! :)

Hai korang! Pernah tak korang naik train pastu tengok  pakcik tua yang sedang berdiri atau parents yang sedang mendukung baby or pegang budak kecil atau tengok ibu mengandung yang sedang berdiri. Perkara yang paling mengejutkan ialah tak ada seorang pun yang akan bangun daripada tempat duduk mereka dan tawarkan kepada yang lebih memerlukan ini. Mengejutkan mungkin bukan ayat yang sesuai, lebih kepada MENYEDIHKAN :'(  Well, kejadian ini bukanlah berlaku dalam train je sebenarnya, tapi sebab aku naik train so banyak insiden yang aku tengok memang dalam train. Heee

Ada banyak juga insiden yang aku tengok pasal hal ini :-

1. Cerita pertama ialah waktu aku naik train nak pergi KLCC jumpa kawan-kawan aku. Aku pun naik-naik je dari Taman Melati aku terus berdiri. Walaupun banyak tempat kosong lagi tapi aku lagi suka berdiri. Mungkin sebab malas nak bersesak-sesak baru nak bangun dari kerusi bila dah sampai destinasi. Aku berdiri disatu penjuru dekat dengan pintu ni. Makin jauh train berjalan makin ramai orang naik. Dan ada sorang pakcik dia bawak anak kecil dia, anak dia asyik meragam mungkin sebab ramai orang, tapi tak ada orang pun bagi dia duduk sampailah ada seorang pakcik tua ni yang bagi dia duduk. Pakcik tua ini pun bangun, dia pula yang berdiri sedangkan orang lain yang duduk dekat situ semua nya remaja dan budak-budak muda yang duduk tengah main handphone. Mereka semacam tak prihatin dengan keadaan sekeliling. Pakcik tua tu hanya memandang mereka, dan aku hanyalah si pemerhati di penjuru train.

Crowded train

(Image from : http://www.tnp.sg/sites/default/files/styles/large/public/dnfare.jpg )


2. Cerita kedua ialah waktu aku naik train jugak. Seorang pakcik tua ni naik train waktu memang ramai orang dalam train tu. Kita boleh nampak kalau seseorang tu penatkan, dan muka pakcik tua ni memang macam orang yang penat gila, tapi tak ada sorang pun yang nak bagi tempat duduk kat dia. sedih dan pilu aku tengok. Aku nak bagi tempat duduk pun xleh sebab aku ni berdiri. Dalam hati aku hanya mampu berkata 'Sabarlah wahai pakcik,' :'(

3. Cerita ke-3 ini adalah mak aku yang cerita sendiri. Waktu mak aku mula-mula kerja dekat ITM (now UiTM) Shah Alam, beliau pergi dan balik memang naik bas. Waktu kejadian ni mak aku tengah mengandungkan kakak aku. Kalau waktu balik kerja memanglah sangat ramai orang naik bas. Tapi yang sedihnya walaupun mak aku sarat mengandung tapi tak ada sorang pun yang offer mak aku tempat duduk dia. Mak aku kena berdiri dekat ngan pakcik driver waktu tu.
Sampai pakcik driver tu cakap 'Maaf ye nak, tak ada orang nak bagi anak duduk,'
Pakcik tu pun memahami apa yang mak aku rasa. Mungkin sebab ni juga kot kakak aku tak cukup bulan. Huuu
Pregnant-woman-standing.jpg
(Image from : http://blog.lib.umn.edu/paldr001/my_blog/Pregnant-woman-standing.jpg )

Bila aku renung-renungkan sedih bila masyarakat kita tak prihatin dengan keadaan sekeliling. Hmmmm. Sepatutnya Budi Bahasa Budaya Kita, tapi macam tak diamalkan. Kalau dekat luar negara, orang-orang yang tak reti nak tengok or baca "sign this seats are reserved for ..." memang selamat dah kena sound. Tapi kat Malaysia ni tak ada orang yang berani bersuara. Jadi susah sikit nak bagi kesedaran dekat mereka-mereka ini. Huuu. Semoga kita boleh ambil iktibar dengan cerita ini.

Berdasarkan cerita-cerita aku ni, mungkin korang boleh relate dengan pengalaman korang. Kalau nak share pun boleh letak kat ruangan komen. Thanks for reading :D

 ( Image from :   http://2.bp.blogspot.com/-xjUS_d7XGg4/TZGAM41ziaI/AAAAAAAAAWg/CjFiG-rcxXg/s320/Budi-Bahasa-Budaya-Kita.jpg )

7 comments:

ayu mee on 9 April 2014 at 16:27 said...

ni lah realityorg skang,heheh,thanks follow blog sy,,sy dh follow sni jgk..keep in touch yaw

siGadis Purple on 9 April 2014 at 16:50 said...

Biasa la..segelintir rakyat Malaysia memang macam tu..bukan dalam train je diorang tak prihatin..bab buang sampah pun mana ada yg prihatin dan macam-macam lagi :(

Nanie on 9 April 2014 at 17:48 said...

Memang ramai orang jenis macam ni... cuma betullah... tak de orang berani nak tegur... tapi banyak jugak orang perihatin yang KN jumpa... pernah masa KN mengadung dulu, kat atas bas... ada insan perihatin yang kasi je KN duduk. Tapi KN pulak yang tolak sebab kalau duduk takut susah nak turun bas pulak sebab bersesak2. Lagi pun 15 minit je berdiri... apa ade hallah kan? hehe

Naniey Jemiey on 10 April 2014 at 11:14 said...

selalu je situasi macam nie terjadi dalam tren..akak lagi lah selalu nampak, pergi balik kerja naik tren kan..hehe

Sara Zawawi on 11 April 2014 at 15:18 said...

Tulah.sedih tapi bila tengok kan. Huhu. Tapi saya pun penakut juga nk tegur. Huuu :'(

Siti Nooryanawati Mohamed on 11 April 2014 at 17:07 said...

Ni jenis2 orang yg belum ada kesedaran lagi... Morality tu belum cukup lagi.. Huhuhu....

*Singgah menabung mr.nuff. Boleh klik balik kat sini: 3 Months FREE Surfing MAXIS . TQ.

Sara Zawawi on 14 April 2014 at 00:56 said...

@Siti Nooryanawati Mohamed betul tu. sivik xbelajar btol2 kot.huu. Dah singgah menabung.hihi

Post a Comment

 

Life Of Afitot Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei