Friday, 4 April 2014

Mencari buku Life Lessons From The Monk Who Sold His Ferrari

Posted by Sara Zawawi at 05:00
Semalam aku ada beli sebuah buku  "Life Lessons From The Monk Who Sold His Ferrari" yang ditulis oleh Robin Sharma. Aku beli dekat Kinokuniya KLCC. Buku ni ada 2 saiz, satu besar dan satu kecil. Aku beli yang kecil je. Harga dia RM36.90. Yang besar sikit tu, tak silap aku harga dia dalam RM49.90 kot. Nasib baik elaun dah masuk, kalau tak mungkin kena kumpul duit dulu. Hehe. Ni muka depan buku tu :-



Kalau korang rasa malas nak menapak ke mana-mana kedai buku, boleh beli dekat link ni
Kinokuniya: Life Lessons From The Monk Who Sold His Ferrari

Cerita disebalik macam mana aku boleh beli buku ni? Aku rasa mungkin aku nak baca buku yang boleh membina diri aku dengan lebih baik. Sebab first time aku baca sinopsis ni waktu aku tengah survey2 buku dekat MPH SACC Mall Shah Alam. Aku tengok macam menarik je. Lepas baca sinopsis terus aku rasa macam aku perlu beli buku ni. Tapi waktu tu duit tak ada, jadi kena tunggu elaun masuk. Bila elaun dah masuk je, cepat-cepat aku pegi cari. Sebab aku tak nak kecewa takut kat tempat lain tak ada buku ni, aku pun pegilah ke KLCC. Sebab kedai buku Kinokuniya kat situ memang besar gilos, jadi aku yakin buku ni ada. Jadi begitulah ceritanya :D

Ada lagi banyak rupa-rupanya buku yang telah ditulis oleh penulis ni. Wah! Kalau buku yang ni best, memang aku akan beli buku lain. Weeee. Bila aku dah habis baca buku ni, mungkin nanti aku boleh kongsi apakah intipatinya. Dan apa yang aku belajar daripada buku ni. :)

0 comments:

Post a Comment

 

Life Of Afitot Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei