Friday, 23 May 2014

On The Way To Terengganu

Posted by Sara Z at 10:00 7 comments


Hello kesayangans :)

Hari ini, aku akan pergi ke negeri Terengganu Darul Iman. Iaitu kampung aku sebelah ayah. Ayah aku orang terengganu, ada darah ganu gitu.heee. Akan tetapi trip ini adalah trip ke Majlis Perkahwinan kakak kepada housemate aku. (berbelit sikit,hehe)
Jadi kami satu rumah plan nak pergi sesama since weekend selalunya kebosanan. Haha

Plan kami nak pergi jalan2 ke Kelantan dan Terengganu.
Tak sabar nak makan keropok lekor, cari tdudung yang murah dan mandi-mandi pantai.Yeay!

Image Credit : Google

Misi aku adalah mencari Kain Songket yang cantik dan Murah! Semestinya kan :P
Nak kena pergi survey-survey kat sana. Hopefully ada!hihi

Aku berazam nk tangkap gambar banyak2. boleh cerita pengalaman kat sini.hihi :D

Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang. :)


P.S : Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog aku. Sangat terharu!! :)
        Aku akan membalas kunjungan usai balik dari trip ke Terengganu. hii.


Tuesday, 20 May 2014

Banyak Cakap

Posted by Sara Z at 20:00 8 comments
Hai rakan-rakan :)

Pernah tak korang rasa macam kadang-kadang tu rasa macam TerBanyak Cakap pulak. Lately tulah yang aku rasa. Rasa macam banyak pulak cakap. Mulut ni asyik nak bergerak je. Bukan tak nak ringan mulut tapi takut juga kot-kot apa yang kita cakap tu orang lain sakit hati.

Sebab aku selalu juga terbaca pepatah yang menyampaikan maksud lebih baik kita diam daripada menyampaikan kata-kata yang menyakitkan hati.
Sebab bila kita banyak cakap, selalunya tak perasan apa yang kita cakap tu baik ke ataupun kita telah menyakiti hati orang lain

.
Bukankah berkata baik atau diam itu lebih baik?


Takut juga kalau banyak cakap tu akan memperbodohkan diri sendiri. Sebab kalau kita tak sedar apa yang kita cakap, semua itu mungkin saja akan terjadi kan? Walaubagaimanapun, Minta-minta dijauhkan.

Sekarang aku dalam proses muhasabah diri. Tengah mencuba untuk tak banyak sangat cakap benda-benda yang tak berfaedah. Sikit- sikit menuju ke arah kebaikan. Tak apa, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. :)





Credit Gambar : Google

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

Posted by Sara Z at 16:09 19 comments
http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

Jom join! Weee :D

Research

Posted by Sara Z at 10:00 4 comments






Hello korang!

Aku sekarang tengah gelabah dengan research. Nak analyze data bagai.
Hari ni je seharian duk analyze data. Masa pula  semakin suntuk. Haish.
Ok xbaik mengeluh tapi tu memang apa yang aku rasa. Waaaaa

Aku rindu nak blogwalking, tambah kenalan. Nak jugak join GA or Segmen. huhu.
Nak jawab soalan for Liebster Award pun xnyempat. :'(
Tapi sekarang research lagi penting. Tapi kadang2 aku curi jugak masa pegi blogwalking. Hikhik
Hujung minggu ni nak pergi jalan-jalan ke Terengganu dengan housemate,
so by hook or by crook,
memang aku kena usahakan untuk siapkan data analysis. Hmmmmm

Harap-harap segala-galanya dipermudahkan. Doakan aku ya :)


Credit for the Images : Google

Sunday, 18 May 2014

Apakah kucing KAX ini? :O

Posted by Sara Z at 11:00 3 comments
Hi korang :)

Pernah tak korang baca apa-apa cerita pasal kucing KAX ni?
Apakah itu kucing KAX?
Sekarang macam jadi fenomena sikit sebab banyak cerita pasal kucing KAX ni.
Even Abg Nara pun cerita pasal ni. haha.
Nak tahu tak sampai mana fenomena Kucing Kax ni? Jom klik gambar si kucing :D

Saturday, 17 May 2014

Jom jadi the #NextJutawan

Posted by Sara Z at 20:00 3 comments


Hallooo rakyat Malaysia.hee :)

Kita ada berita baik untuk uolls. Ada tak teringin nak dapat duit secara free?hehe
Tapi still kena berusaha sikitlah.hewhew.

Cara dia senang je. Just perlu tangkap gambar korang dengan produk PowerRoot, gambar tu perlulah Kreatif ya, dan selepas itu korang berpeluang untuk menjadi the #NextJutawan :D

Apa ni kan? macam senang je? hahaha.

Nak tahu lebih lanjut macam mana? Klik Link atau Gambar :)

Tak sangka SATU gambar 

dapat menjadikan anda #NextJutawan begitu saja!




Thursday, 15 May 2014

Liebster Award #2

Posted by Sara Z at 21:50 10 comments




Hello uolls! hihi
Hari ini nak cerita pasal Liebster Award lagi.hehehe
Kali ini aku telah di nominate lagi. Alhamdulillah :)

Mereka2 yang telah menominate aku ialah Cik Nadiya , Cik Nad and Kak Wafee

Thanks sbb tag saya! Terharu sesangattt :)
Harap korang sudi baca apa yg telahku luahkan.hehe



Soalan dari Cik Nadiya :-

Q: Birthday korang bila?
A: Saya si Aquarius!hehehe. 12 Februari :)

Q: Status korang sekarang nie? Single, Engaged or what
A: Soon to be engaged, InsyaAllah :D

Q:Hobi korang apa? List kan aje :)
A: Blogging!hehehe.tengok movie, baca novel self-help :D

Q:Wish list korang?
A:     1.  Berjaya tamatkan Degree
        2.  Nak Note 3 :p
       
Q: Azam tahun baru yang tak pernah tercapai? Hahaha 
A: Joging sampai kurus.hahahaha. angan-angan ku :P

Q: Artis yang korang paling minat?
A: Channing Tatum!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! He is so HOT!

Q:Sesuatu yang orang lain tak tahu pasal korang
A: Suka tulis diari  :P

Q: Ciri-ciri pasangan idaman? :D
A: Menyayangi diri ini seadanya :) Sejuk mata memandang beliau & membuatkan hati tenang bersamanya. Chewaah :p

Q: Tema kahwin korang nanti nak colour ape? HAHA
A: Color2 pastel. yes! :)

Q:Tempat yang korang nak sangat-sangat pergi
A: the 7 Wonders of the World.heee. teringinnnnnn.

Q:Komen ikhlas pasal blog ai :D
A: Blog nadia comel. Nadia berani sebab guna warna kuning and u managed to pull it off. Yeay :D



Soalan daripada Cik Nad ialah :-

Q: are you a student ? do you love to be a student .give me a reason .
A: Yes I am a student! heee. I love it soo much! not so much responsibilities other than studying esp for exam.hehehe :P

Q:curious or judgmental .which type is near to you ?
A:i can be either both depends on the situation. However, i know that being judgmental can be bad, i'm trying to improve myself and not being so judgy :P

Q:what do you do when you didnt get to achieve something you dream .
A:I will be heartbroken. hahaha, only for awhile. then i will pull my little arse up and chase my dream until I can achieve it! Yes! Positive! :D

Q:what is your opinion about todays trend 'selca a.k.a selfie' -self camera ?
A:My opinion? hahaha. this is a tough & sensitive Question maybe? selfie if we are with someone else or in a group of people, it is cool. Because that will be our memory. However, if we are taking our own picture by ourself, that is just gigih? I think.heee

Q:your preferable style in dressing and give a reason .
A: I like to be simple and comfortable in whatever clothes i am in. :)

Q:your favorite type of song .give me one example .
A: Actually I have numerous type of song that I like. Depends on my mood. I f i am depressed or sad, then it will be a slow song, and if I am happy, a jolly happy song! hihi

Q:what is the most place you want to visit in this world ?
A:it has to be the 7 wonders of the world :D i really want to visit those places!

Q:which one do you prefer ,express in word or in action ?Give me a reason.
A: I will go with action. because it is no use if u just talk but nothing is done right? :D

Q:do you agree with me if i say your favorite color shows your self color ? Give me your reason with your favorite color .
A: I do agree! heeee. I love pastel colors. They are soft and when I look at these colors, I will feel calm and relax :)

Q:do you prefer to take a trip in a group or on your own ?
A: I would like a trip with a group. The more the merrier right! :)

Q:what do you think of my blog ?
A: Simple and nice. Sejuk mata memandang dgn pohon2 sakuranya. Love the whitish theme! :)



Soalan daripada Kak Wafee :-


Q:Nama panggilan yang anda suka? TAK semestinya yang orang selalu panggil.
A: Semestinya afi dan sara. hiiii. pitot pun suka jugak.hahaha :P

Q:Favourite colour?
A: Warna-warna Pastel! sojuk mata memandang :D

Q: Makanan kegemaran?

A: Lamb chop, chicken chop, rojak buah, (boleh lebih satukan?hiii)

Q: Plan nak anak berapa orang?

A: Nak anak 2 pasang :) 4 org kalau ada rezeki, 2 lelaki 2 perempuan

Q:Hadiah paling mahal yang pernah bagi kat mak?

A: Selalunya share2 ngan adik-beradik.hiii. SKII kot.hiiii

Q:Hadiah yang teringin sangat nk bg kat mak?

A: Tiket penerbangan & penginapan & belanja pergi Haji :D

Q: Kereta idaman anda?

A: Kia Optima K5

Q:Dah berapa lama blogging?

A: Baru 2 bulan.hikhik :P saya budak baru belajar :D

Q:Do you like your job/study? 

A: Yes! very much! hihi. hopefully pekerjaan pun akan disukai jugak. doakan ye kak :)

Q: Tempat hangout/lepak favourite?

A:Food court Pavillion. Banyak gila makanan best! and of course panggung wayang.haha

Q:Describe ME in 3 words

A: Funny, Gigih, Cute! :)

terima kasih sebab sudi baca.heee :)



I am Si Semut :)

Posted by Sara Z at 11:00 19 comments
Salam & Hello!

Hari ni nak cerita sikit pasal kenapa aku letak tagline I am Si Semut :D

Mula2 aku ingat nak letak nama blog si semut, tapi dah ada orang guna url tu. 
Jadi terpaksalah aku tukar.
Fikir punya fikir, aku nak letak jugak I am Si Semut tu kat mana-mana area dalam blog aku, jadi aku letak kat atas tu.hahaha

First2 je aku memang kena bahan baik punya dengan kakak & adik aku. Semua macam kenapa nak kena letak I am Si Semut?

KENAPA??????

Jawapannya ialah, Aku anggap diri aku ni macam Si Semut yang kecik yang hidup dalam dunia yang sangat besar. Jadi apa yang aku tulis dalam blog ini adalah pandangan aku terhadap dunia. Macam Pandangan Dunia Daripada Sudut Si Semut gitu. Hehe.

Itu je yang aku nak cerita.Hehe. Thanks sudi baca! :)



(Gambar dari : PenPalsandPicturesBooks )



(Gambar dari : BetterBodyChemistry )

Friday, 9 May 2014

Mini Pelamin Idaman :)

Posted by Sara Z at 21:22 8 comments
Hai korang! hehe

Tengah bosan-bosan sekali tertaip pulak "Pelamin" dekat google image.teehee :P
Agak tak ada keje sikit di situ.Hehe. Saja je nak survey-survey pelamin. Manalah tau ada jodoh ada orang masuk meminang ke kan (walaupun tak tahu bila) hehe :P

Kite suka pelamin yang simple, warna yang soft2, sejuk mata memandang gitu. Haaaa
Kalau boleh nak
Kat sini nak share sikit jenis-jenis mini pelamin yang disukai. Sudilah membaca & melihatnya ya :D



Yang ni memang my personal favourite. Simple & cantik :) aku ambil from mr Google then save dlm phone tapi xsure page mana ambil gambar ni sbb lepas aku cari balik kat Google tak jumpa.huu :'(


2nd and 3rd picture from PersonaFizaBridal




  Nice kan :) curi from Cik Ally 





                                   2 gambar atas yang simple n nice ni dari Prestige-deco



Kalau macam xnak membazir tempah2, boleh je buat sendiri. Itulah yang kakak aku buat waktu wedding beliau. Minta tolong sedara2 panjat dan pasang kain yang panjang berjela2 tu. Lagi jimatkan. Di zaman semua benda mahal ni. Chewaaah :p

Semoga mata terhibur dengan hidangan gambar ini.hiiiii. :)

Liebster Award :D

Posted by Sara Z at 00:00 18 comments

Salam semua :)

Hari ini aku dengan seronoknya akan menjawab soalan daripada si cantik manis, Miss Fat!n Lenglu! , Karimah Zulkafali and Nur Hanan Aqilah :)
Kenapa nak kena-kena jawab soalan ni? heee. Sebab aku telah tercalon sebagai penerima Liebster Award! Weeeee. A big thanks to them! Yeayyy :)


Tahu tak apa itu Liebster Award? Aku pun pada mulanya tak tahu, nasib baik Fat!n Lenglu! , Karimah Zulkafali dan Nur Hanan Aqilah telah jelaskan di blognya :D

Liebster Award punya rules ialah :-

-Mention the person who nominated you with a link to their blog.
-Answer the 11 questions asked.
-Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
-Create 11 of your own questions for them to answer.
-Notify your nominate.




Jadi sekarang aku nak kena jawab soalan yang mereka berikan padaku :)
So here goes!!! Hope u guys enjoy it ;p


Soalan daripada Cik Fat!n Lenglu! :-


Q:Describe your personal style in 3 words?
A:Anything I like :p

Q:What's your favourite thing to eat for breakfast?
A: Lontongggggggggggggg! Yummieh!

Q:Ever you receive some amount of money from blogging? What did you do with the money?
A: Yes but still I cannot cash it out :'(

Q:Paris or Korea?Why?
A:Korea because there are many beautiful places there :)

Q:List 5 things that u hate?
A: 1.Rude people
    2.Cockroach
    3.Bed bugs
    4.Traffic Jam
    5.Being nervous


Q:Got any phobia?

Q:If you could have any job, what would it be?
A:Chef for desserts! Nyum Nyum :p

Q:When I dance, I look like....
A: bagai itik pulang petang. hahaha

Q:If you were permitted only 3 things in your bucket list, what would it be?
A: 1.To travel the world
    2.Samsung Note 3
    3.To get Married!hahaha


Q & A : I want Channing Tatum to be my PA because he is so HOT!


Karimah Zulkafal Questions to me :


Q:Tell me what do you think about kpop and their kpoppers? 

A:    Actually K-Pop is not in my field of interest.Hehe
About kpoppers, i am amazed with some of them that are willing to learn Korean just to understand the language :D (this is what we call GIGIH!)



Q: What should you do if your crush doesn't like you as you like him? 

A:I will just be friends and nothing more. heeee 

Q:If you can fly, where do you want to go? And with who?
A: I would like to go to London again. Hihi :p
     with my family and my special someone

Q:What's your opinion if i said i hate kpoppers? I'd say it's okay because different people have different things that they like :D 
A:What do you think about my blog? Your blog is sooo cute! I like the colour. So CHEERFUL!

Q:Who do you admired? 
A:I admire my Lovely Mom :)

Q:Who's your favourite blogger? 
A:Kak Anis from AnisMagicFingers . Suka makanan dia. Hewhew.

Q;If i make a giveaway, do you want to join it? 
A:Definitely Yes!!!!!!

Q:What's present do you want if i make a giveaway? 
A:Cupcakes? hihi

Q:What do you think about true love? 
A:True love is to fall in love with someone that accept you for who you are :D

Q:Do you love my blog? Give a reason :

A:Yes I do! Because it is cute, cheerful and easy to access :D



Questions from Nur Hanan Aqilah :-

Q: When you started creating your blog ?
 A: I started in April 2014. This year only. Heehu :D

Q:What kind of music do you love to hear ? Examples ?
 A: I like all music as long as they are music to my ears. Especially English music. Eg, Imagine Dragons, Paramore, and many more! 

Q:Choose the best place in Malaysia that you will go on holiday ? 
A: I love going to Pulau Langkawi! They have duty free chocolates, Geo-forest park and also there are so many things to do there example snorkelling, island hopping. Very Nice! 

Q:What do you think about my blog ? Give reasons 
A: It is a very cute blog! With all the soft colours! I love it! :) 

Q:Do you love football ? Which team do you prefer ? 
A: Unfortunately, I don't watch football. Heee 

Q:What do you think about mix and match style ? 
A: A style that is suitable for teens and young adult. It shows you are youthful and enjoying life with colours! 

Q:Do you watch Running Man ?? Tell me your favourite in RM
A: Yesss! hahaha. I love Kwang Soo and Ji Hyo :D

Q:Do you like selfie with monopod ? Why ? 
A: I don't own a monopod.huuu. I am not sure about it. I guess it is ok as long as we keep it low profile with the monopod. 

Q:Tell me your sweetest memory ..
A: It has to be falling in love with someone :p

Q:Tell me your favourite fashion blogger 
A: I am still searching I guess. No particular favourite. Huuu

Q:What do you dislike with my blog ?
A: Nothing! :D





Now I would like to nominate these awesome bloggers because I believe in the talent that they have and they are just Awesome! :)

1. Syafiqah
2. Naqiah Nazari
3. Nadya Nordin

4. Hazirah
5. Nur Hana
6. Aqilah
7. Nina Hani
8. Syahril
9. Husna
10. Hidayah
11. Hadira



These are my questions to them:-

1. Why you create a blog?
2. What is your favourite food ? Why?
3. Who is your favourite artist? and Why? :p
4. The people you love the most is/are .....
5. Do you have a pet? If yes what is it & its name?
6. What is the brand of your favourite chocolate?
7. If you are a millionaire, what will you do with the money?
8. What does your family call you?
9. If you have a chance to meet someone famous, who will it be and why?
10.What/who do you see yourself as in 10 years?
11.What do you think about my blog? Teehee ;p


Semoga anda dapat menjwb soalan ku. Heheee. 
Thanks for readingg!! :) Weeeeee









Sunday, 4 May 2014

Mum & Kids Fair at Setia City Convention Centre

Posted by Sara Z at 11:30 4 comments
Hai guys!

Hari ini aku nak cerita pasal Mum & Kids Fair yang aku pergi pagi tadi.Heee
Aku pergi dengan kakak aku yang tengah mengandung 8 bulan. Memanglah sangat semangat kan nak cari baju baby. Hihi ;p

Sebelum kita cerita2, meh sini aku kongsi sedikit info pasal fair ini :)

Tajuk : Mum & Kids Fair
Tarikh : 2-4 Mei 2014
Masa : 11.00 pagi - 9.00 malam
Tempat : Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam


Gambar kat atas ini ialah gambar voucher RM10. If korang pergi daftar, dapat voucher ini dan dapat woven bag :)   Aku & kakak aku guna voucher ni untuk beli baju baby. Satu Baju RM5 je. Weeee!


Gambar atas ni pulak, kalau korang 100 yang terawal, boleh beli baby wipes ni tuk RM5.90 je. MURAH KAN :) Die betul2 jual dekat sebelah tempat registration counter. Waktu aku beratur register, kakak aku beratur beli baby wipes ni. Sambil menyelam minum air. Heee


If korang register, dapatlah sertai cabutan bertuah. Lumayan gila hadiah-hadiah dia. Hadiah dia contohnya macam dalam gambar kat atas. Best kan!!! :D 

Setelah selesai registration and beli baby wipes, kitorang pun masuk dalam fair ini untuk melawat booth-booth dia. Kitorang masuk-masuk je dah jumpa booth yang murah-murah. Booth ni jual baju RM5, seluar RM5. Baby jumpsuit pun RM5 (iye ke nama dia jumpsuit?hehe) 
Stokin baby pun murah RM2 je satu! :D

Dahlah murah, comel-comel pulak tu, rasa macam nak beli semua! hahaha
Ok enough talk, meh tengok gambar! (gambar macam berkabus sikit, maaflah ye, kamera probs.heee)

Just RM5!!!

Comel kan!!

Ada juga yang die jual satu set baju dengan seluar RM25. Dan ada juga baju kurung baby RM35. Sangat cumils! Kalau ibu-ibu suka baju yang ada tulisan macam "Smart like Daddy, sweet like Mommy" dan yang ada tulisan-tulisan macam tu boleh dapat kat sini RM25 satu! If beli 3 harga RM60 :) 



Kakak aku ada jugak beli baby swimming suit. Comel Sangat! RM10 je satu! Kalau beli kat kedai mahal gila! Aku juga ada jumpa teenager swimming shirt yg besar, sampai aku pun muat warna purple. Harga pun RM10. Tapi kena pandai korek2 kat bawah2 sebab dia longgokkan :)

Kat fair ni ada jual macam-macam, ada botol susu, breast pump, nursing pads & bra, buku budak-budak, permainan budak-budak, susu tepung dan macam-macam lagi!
Kalau rasa macam nak semua benda ada kat satu tempat, memang patut datang sini :)



Ok itu sahaja yang kite nak cerita, hihi. Tapi bagi aku memang berbaloi pergi sini and beli baju.Hiiii.
Thanks for readingg!!! :)

Credit Gambar Iklan : FB Mum & Kids Fair

Friday, 2 May 2014

Kunjungan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur :)

Posted by Sara Z at 23:53 4 comments
Selamat Pagi!

Di pagi hari jumaat yang indah ini, aku nak bercerita pasal pengalaman aku berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 :)
Kunjungan ini disertai oleh adik aku dengan kawan baik aku.

Bila yang aku pergi? Semalam iaitu pada Hari Pekerja (1 Mei) !!!
Tepuk tangan sikit sebab aku telah gigih mengharungi orang ramai! hehe

Nasib baiklah aku pergi naik train. aku park kereta dekat stesen Titiwangsa, situ ada parking yang kena bayar RM6 untuk sehari punya parking, kemudian aku pun naik train. Satu stesen je dari Titiwangsa ke PWTC. Sesampai je kat situ, tengok jalan raya memanglah jem yang teramat sgt dengan bas-bas. Ni mestilah ada rombongankan. hiii

Pintu Gerbang ke PBAKL 2014


Sesampai je aku dekat PWTC, aku terus serbu booth Gempak! Hahaha. Aku beli komik Lawak Kampus 4, dan adik aku beli komik cinta 4. Disebabkan kami beli 8, dapatlah 2 paper bag dan 2 fail . Paper bag itu ada 2 corak,aku pilih corak Under18 sebab nampak lagi Cool.haha. Lagi satu corak Lawak Kampus. Tak menarik sangat. hiiii.

Booth GEMPAK yang ramai gile orang. Beratur Panjangggg untuk bayar

Kitorang pun teruskan perjalanan selepas bayar komik tu, dengan gigih mengharungi lautan manusia yang sememangnya sangat dalam lautannya. huuuu.
Kitorang berhenti pulak ada kat satu booth ni yang jual buku-buku agama. Adik aku beli Al-Quran terjemahan yang kertas dia berwarna-warni, sangat cantik! Murah pulak tu. Harga after discount ialah RM40.80. Memang berbaloi!
My bestfriend pulak beli Ensiklopedia kisah-kisah para Nabi. After discount dapat RM75. Buku tu memang tebal n berat, nama pun ensiklopedia kan, harga pulak murah! Nice! :D

Booth Jual Buku Agama :)


After that, kitorang teruskan perjalanan, lalu kat satu booth ni harga novel bahasa melayu memang murah gila. Memanglah ramai org kat situkan.Hehe. Sempat juga lah aku snap gambar :p

Then kitorang naik pula tingkat 4. Tadi kitorang kat tingkat 2, sekarang skip terus ke tingkat 4 sebab nak cari MPH bookstore punya booth. Tapi bila naik tingkat 4 memang semua buku akademik. Memang kat sini lengang tak ramai sgt orang. Lepas jalan-jalan sikit, kitorang terus turun tingkat 3. nampak macam lagi menarik je. Hee.

Kat tingkat 3 ni ada booth buku-buku agama, booth buku kanak-kanak, buku pelajaran. Booth yang aku singgah booth yang jual novel Inggeris satu RM10, kalau beli 3 RM25. Yang hardcover pun sama harga. Kat sini ada jual English magazines macam Seventeen, Cosmopolitan, Elle and macam2. Harga dalam RM5 macam tu. Ke beli 3 RM10. Macam tulah.hii.
Kat sini aku telah membeli majalah perkahwinan.Haha. Yang outdated satu RM9, kalau latest RM12.  Ok juga harga dia kan. :)

Lautan Manusia Di Tingkat 3 :)


Selain tu, aku juga beli majalah Solusi. sebab satu dia jual RM2 je! walaupun isu tu outdated, tapi who cares, content dia bukan outdated pun kan. Itu yang penting! :)
Selain Solusi, ada juga majalah  Gen-Q dan al-Ustaz :D
Yang outdated murah, kalau latest mahal sikit. Tapi kalau nak dapat harga RM2 satu majalah, kena beli minimum 5 majalah. Aku telah membeli 7 majalah, jadi total semua RM14. Murah gilos kan :D

Majalah Solusi Yang aku beli :D

Aku memanglah sangat in Love dengan pesta buku! Hopefully aku dapat peluang pegi lagi, dan mungkin patut pergi bukan waktu cuti umum. barulah Syok nak membeli belah. hihi.



Kedai Jual Novel Yang Murah

Sudut Rehat dan Baca :D

Sudut Membaca Yang Comel! Siap ada wishing tree :)

Itu saja cerita yang aku nak kongsikan. Thanks for reading! :D



 

Life Of Afitot Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei