Friday 2 May 2014

Kunjungan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur :)

Posted by Sara Z at 23:53
Selamat Pagi!

Di pagi hari jumaat yang indah ini, aku nak bercerita pasal pengalaman aku berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 :)
Kunjungan ini disertai oleh adik aku dengan kawan baik aku.

Bila yang aku pergi? Semalam iaitu pada Hari Pekerja (1 Mei) !!!
Tepuk tangan sikit sebab aku telah gigih mengharungi orang ramai! hehe

Nasib baiklah aku pergi naik train. aku park kereta dekat stesen Titiwangsa, situ ada parking yang kena bayar RM6 untuk sehari punya parking, kemudian aku pun naik train. Satu stesen je dari Titiwangsa ke PWTC. Sesampai je kat situ, tengok jalan raya memanglah jem yang teramat sgt dengan bas-bas. Ni mestilah ada rombongankan. hiii

Pintu Gerbang ke PBAKL 2014


Sesampai je aku dekat PWTC, aku terus serbu booth Gempak! Hahaha. Aku beli komik Lawak Kampus 4, dan adik aku beli komik cinta 4. Disebabkan kami beli 8, dapatlah 2 paper bag dan 2 fail . Paper bag itu ada 2 corak,aku pilih corak Under18 sebab nampak lagi Cool.haha. Lagi satu corak Lawak Kampus. Tak menarik sangat. hiiii.

Booth GEMPAK yang ramai gile orang. Beratur Panjangggg untuk bayar

Kitorang pun teruskan perjalanan selepas bayar komik tu, dengan gigih mengharungi lautan manusia yang sememangnya sangat dalam lautannya. huuuu.
Kitorang berhenti pulak ada kat satu booth ni yang jual buku-buku agama. Adik aku beli Al-Quran terjemahan yang kertas dia berwarna-warni, sangat cantik! Murah pulak tu. Harga after discount ialah RM40.80. Memang berbaloi!
My bestfriend pulak beli Ensiklopedia kisah-kisah para Nabi. After discount dapat RM75. Buku tu memang tebal n berat, nama pun ensiklopedia kan, harga pulak murah! Nice! :D

Booth Jual Buku Agama :)


After that, kitorang teruskan perjalanan, lalu kat satu booth ni harga novel bahasa melayu memang murah gila. Memanglah ramai org kat situkan.Hehe. Sempat juga lah aku snap gambar :p

Then kitorang naik pula tingkat 4. Tadi kitorang kat tingkat 2, sekarang skip terus ke tingkat 4 sebab nak cari MPH bookstore punya booth. Tapi bila naik tingkat 4 memang semua buku akademik. Memang kat sini lengang tak ramai sgt orang. Lepas jalan-jalan sikit, kitorang terus turun tingkat 3. nampak macam lagi menarik je. Hee.

Kat tingkat 3 ni ada booth buku-buku agama, booth buku kanak-kanak, buku pelajaran. Booth yang aku singgah booth yang jual novel Inggeris satu RM10, kalau beli 3 RM25. Yang hardcover pun sama harga. Kat sini ada jual English magazines macam Seventeen, Cosmopolitan, Elle and macam2. Harga dalam RM5 macam tu. Ke beli 3 RM10. Macam tulah.hii.
Kat sini aku telah membeli majalah perkahwinan.Haha. Yang outdated satu RM9, kalau latest RM12.  Ok juga harga dia kan. :)

Lautan Manusia Di Tingkat 3 :)


Selain tu, aku juga beli majalah Solusi. sebab satu dia jual RM2 je! walaupun isu tu outdated, tapi who cares, content dia bukan outdated pun kan. Itu yang penting! :)
Selain Solusi, ada juga majalah  Gen-Q dan al-Ustaz :D
Yang outdated murah, kalau latest mahal sikit. Tapi kalau nak dapat harga RM2 satu majalah, kena beli minimum 5 majalah. Aku telah membeli 7 majalah, jadi total semua RM14. Murah gilos kan :D

Majalah Solusi Yang aku beli :D

Aku memanglah sangat in Love dengan pesta buku! Hopefully aku dapat peluang pegi lagi, dan mungkin patut pergi bukan waktu cuti umum. barulah Syok nak membeli belah. hihi.



Kedai Jual Novel Yang Murah

Sudut Rehat dan Baca :D

Sudut Membaca Yang Comel! Siap ada wishing tree :)

Itu saja cerita yang aku nak kongsikan. Thanks for reading! :D



4 comments:

fnadhrah00 on 3 May 2014 at 16:20 said...

uwahhhh.jelessnyaa trg xde pesta buku mcm ni T___T murahnyaaa

Nina Hassan on 3 May 2014 at 18:25 said...

wahh best nya. tk dapat nk pegi :'(

Ismi Ana on 4 May 2014 at 00:13 said...

Rupenye best gak eh pesta buku. Tak penah pegi.

Sara Z on 14 May 2014 at 22:17 said...

hiii. best sgt! lagi2 kalau suka membaca :)
xpe, pesta buku ada tiap2 tahun, hii, tahun depan masih boleh.weee :D

Post a Comment

 

Life Of Afitot Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei