Hari ini aku nak cerita pasal Mum & Kids Fair yang aku pergi pagi tadi.Heee
Aku pergi dengan kakak aku yang tengah mengandung 8 bulan. Memanglah sangat semangat kan nak cari baju baby. Hihi ;p
Sebelum kita cerita2, meh sini aku kongsi sedikit info pasal fair ini :)
Tajuk : Mum & Kids Fair
Tarikh : 2-4 Mei 2014
Masa : 11.00 pagi - 9.00 malam
Tempat : Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam
Gambar atas ni pulak, kalau korang 100 yang terawal, boleh beli baby wipes ni tuk RM5.90 je. MURAH KAN :) Die betul2 jual dekat sebelah tempat registration counter. Waktu aku beratur register, kakak aku beratur beli baby wipes ni. Sambil menyelam minum air. Heee
If korang register, dapatlah sertai cabutan bertuah. Lumayan gila hadiah-hadiah dia. Hadiah dia contohnya macam dalam gambar kat atas. Best kan!!! :D
Setelah selesai registration and beli baby wipes, kitorang pun masuk dalam fair ini untuk melawat booth-booth dia. Kitorang masuk-masuk je dah jumpa booth yang murah-murah. Booth ni jual baju RM5, seluar RM5. Baby jumpsuit pun RM5 (iye ke nama dia jumpsuit?hehe)
Stokin baby pun murah RM2 je satu! :D
Dahlah murah, comel-comel pulak tu, rasa macam nak beli semua! hahaha
Ok enough talk, meh tengok gambar! (gambar macam berkabus sikit, maaflah ye, kamera probs.heee)
Just RM5!!! |
Comel kan!! |
Ada juga yang die jual satu set baju dengan seluar RM25. Dan ada juga baju kurung baby RM35. Sangat cumils! Kalau ibu-ibu suka baju yang ada tulisan macam "Smart like Daddy, sweet like Mommy" dan yang ada tulisan-tulisan macam tu boleh dapat kat sini RM25 satu! If beli 3 harga RM60 :)
Kakak aku ada jugak beli baby swimming suit. Comel Sangat! RM10 je satu! Kalau beli kat kedai mahal gila! Aku juga ada jumpa teenager swimming shirt yg besar, sampai aku pun muat warna purple. Harga pun RM10. Tapi kena pandai korek2 kat bawah2 sebab dia longgokkan :)
Kat fair ni ada jual macam-macam, ada botol susu, breast pump, nursing pads & bra, buku budak-budak, permainan budak-budak, susu tepung dan macam-macam lagi!
Kalau rasa macam nak semua benda ada kat satu tempat, memang patut datang sini :)
Ok itu sahaja yang kite nak cerita, hihi. Tapi bagi aku memang berbaloi pergi sini and beli baju.Hiiii.
Thanks for readingg!!! :)
Credit Gambar Iklan : FB Mum & Kids Fair
4 comments:
Comelnye baju baby2. Geram. Kalau boleh nak borong satu kedai. Hahah
cisss.... kalo le awok tau awei... minggu lepas boleh terjah ke sana... murah jugak nampaknye tu....
@Sis Anna hihi.kan sis anna. comel gilosss :D
@D.Shahril Hakime hiii.xpe mungkin tahun depan ada lagi :D
Post a Comment